Tugasan Seni
Bincangkan keperluan dan
kepentingan aktiviti menggambar kepada perkembangan dan pertumbuhan diri
kanak-kanak. Sertakan contoh-contoh hasil kerja menggambar bagi mengukuhkan
jawapan dan huraian anda.
Pendahuluan
Pengenalan
Definisi Menggambar
•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
Bidang dalam menggambar
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.
Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap
sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak.
Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri
kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan
pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR,
bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap
aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan
pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang
dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti
dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan
kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan
menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap
alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.
1) Teknik lukisan.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan
aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat
dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna,
pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan
menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai
teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari
aras mudah ke aras sukar.
2)
Teknik Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas
sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu
sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata
dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang
berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti
media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna
basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan
gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan
cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
3) Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal
sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain
atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk
menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan
khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga
dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang
berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak
berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan
menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema
tertentu.
4) Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan
gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran,
kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan
gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu
tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti
dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose
dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk
menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja
seni.
5) Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis
biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam
sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan
yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil
kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang
dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata.
Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain.
Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri
cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok
kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.
6) Teknik Resis
.
Resis atau dalam perkataan Inggerisnya resis ialah satu aktiviti menggambar
yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti
dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan
lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau
kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak
akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh
dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna
dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan
dalam kegiatan menggambar
7) Teknik Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak
daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses
penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di
sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik
untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah
satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan
akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel,
kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang
berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat
mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
8) Teknik stensilan
Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas
kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil
dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada
sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
9) Teknik percikan
Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite-
style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang
lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan
kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah
titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau
warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah
berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya
boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang
berlainan.
10) Teknik Gurisan.
Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan
dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang
tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya
bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada
krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang
keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan
yang dihasilkan.
11) Teknik Capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan
dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan
dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan
berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan.
Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (
sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai
kesan jalinan pada hasil capan.
12) Teknik Mozek
Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan
sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu ,
marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah
diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk
tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam
pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti
mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini
sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan
menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.
Portfolio murid
Kepentingan menggambar dan
tokoh
Rumusan
• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranmurid.
• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranmurid.
• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
BIBLIOGRAFI
Al Hurwitz & Micheal day
(1995) Children and Their Art.
New York : Harcourt Brace
College Pub. Texas.
Bate. K.
Jane (2000) Becoming an Art Teacher, USA: Townson U. Thomson Leraning.
New York.
Chapman,
Laura H. (1978) Approaches to Art in Education. Harcourt Brace. NY.
Howard
Gardner (1993) Multiple Intelligences: The Theory in Practice, USA. The
Getty Center of Educations in the Arts.
Iberahim
Hassan (2000) Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
Joan Bouza
Koster (1996) Growing Artists – teaching art to young children Delmar
Pub. NY.
Micheal, J.A(1983)
Art and Adolescence: Teaching Art at Secondary School.
Otto G.Ocvirk;
Cayton, Art Fundamental (1997) Mc Graw Hill: New York.
Viktor
Lowenfeld. (1983) Creative and Mental Growth. New Tork. Mc. Millan.
Herbert
Read (1956) Education Through Art.
Faber and Faber: New York.
Kurikulum
Pendidikan Seni Sekolah Rendah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia 2002.
Comments
Post a Comment