Pendidikan Khas..
PENDAHULUAN
Usaha untuk memberi
peluang pendidikan bukan sahaja meliputi sebilangan kanak-kanak atau untuk
kanak-kanak normal lebih banyak mempunyai peluang berbanding dengan mereka yang
berada dalam pendidikan khas, akan tetapi semua kanak-kanak yang ada
termasuklah mereka yang berada di dalam sekolah khas, kelas khas malah di dalam
kelas aliran perdana turut sama menikmati peluang yang diberikan ini seterusnya akan mengalami
perubahan positif yang ketara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang
menjadi tunggak dan nadi serta tulang belakang sistem pendidikan negara kita.
Ianya seiring dengan konsep pendidikan itu sendiri yang bertujuan untuk
semua dengan memberi kemudahan berupa peluang dan perkhidmatan pendidikan
kanak-kanak yang bekeperluan khas termasuklah mereka yang mempunyai masalah
kesihatan dari segi pendengaran, penglihatan juga masalah pembelajaran
termasuklah kanak-kanak autistik.
Bersama-sama dengan ini usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang
sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan mahupun kekurangan
mereka. Melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan(PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid diberi peluang
yang sama rata untuk berkeupayaan menjadi cemerlang.
DEFINISI PROGRAM INKLUSIF
Menurut
apa yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
yang diterbitkan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia, Program Pendidikan Inklusif
adalah merupakan suatu program yang
ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas untuk belajar bersama
rakan-rakan mereka yang normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama
untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira
status.
Pendidikan
adalah hak asasi semua manusia dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini
mempunyai hak belajar dan mengetahui sesuatu.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat
dan cita-cita yang sama setanding dengan individu normal lainnya. Mereka juga perlu diberi peluang yang sama
dengan individu lain supaya mereka merasa tidak tersisih daripada arus
pembelajaran nasional kerana ada di kalangan mereka mempunyai kecergasan
kognitif yang standing dengan individu sempurna malah mereka mampu melebihi
pencapaian pelajar-pelajar lain yang normal.
Ianya seperti
yang terdapat dalam objektif Barirah
(1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif adalah terdiri daripada
berikut;
i)
Meningkatkan kesedaran murid-murid
normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian
daripada ahli masyarakat.
ii)
Murid-murid khas ini berpeluang
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan boleh menyertai bersama
aktiviti yang disediakan.
iii)
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada
murid khas standing dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri
mereka.
iv)
Untuk mengelak daripada diskriminasi
dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran.
Inklusif didefinisikan dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah
menempatkan kanak-kanak sebagai murid bekeperluan khas di aliran perdana dalam
sekolah biasa samada semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas mahupun di
luar. Kanak-kanak ini akan mengikuti
kurikulum perdana dengan tenaga-tenaga pengajarannya adalah terdiri daripada
guru-guru di aliran perdana melalui bicara guru pendidikan khas.html. keluaran
September, 2012. Di mana Inklusif penuh
yang membawa maksud murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran
perdana mengikuti semua kurikulum yang telah disusun dan disediakan
bersama-sama dengan pelajar atau murid-murid aliran perdana yang lain.
Manakala Inklusif kedua boleh ditakrifkan sebagai Inklusif separa di mana murid-murid
ini berada di dalam aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu
berdasarkan kemampuan pencapaian mereka dan ianya bukan sahaja berfokus kepada
mata pelajaran teras malah turut dilaksanakan bagi mata pelajaran yang bukan
teras juga.
KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF
Bagi program inklusif ini
konsep mahupun dasar pendidikan ini adalah berkaitan dengan “pendemokrasian”
pendidikan yang membawa maksud semua kanak-kanak mempunyai hak yang sama untuk
belajar. Di samping menekankan kepada
konsep keadilan iaitu peluang mengikuti pendidikan seperti yang diketahui
kanak-kanak mempunyai banyak persamaan dan sebagai seorang guru yang merupakan
agar perubahan baik, kita boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. Semua kanak-kanak ini boleh dibekalkan dengan
kualiti pendidikan yang tinggi.
Seterusnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah mempunyai
ciri-ciri yang berpusatkan kepada pelajar.
Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada
corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan
pengajaran.
Bagi memenuhi
keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan
membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan
sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI
akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas.
Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap
program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 )Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,
yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan
Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu
kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi
pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif murid-murid
berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di
sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan
kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat.
Objektif Pendidikan
Inklusif
Di antara objektif pendidikan
inklusif ;
a)
Semua murid boleh belajar.
b)
Bersifat individual
c)
Berteraskan penghasilan
d)
Penghargaan kepada semua
e)
Kurikulum yang merentas
f)
Pembelajaran aktif
g)
Mempelbagai reka bentuk penilaian
h)
Strategi pengajaran berteraskan
penyeidikan pembelajaran.
i)
Menyemai peningkatan prestasi melalui
kaedah “child centered”
Prinsip dan
Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
1)
Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan
sekolah yang komited untuk memenuhi keperluan pembelajaran.
2)
Guru yakin bahawa merekamampu membantu
semua kanak-kanak belajar.
3)
Rasa optimis bahawa semua murid boleh
belajar dan mengalami kejayaan.
4)
Mengatur system sokongan kepada setiap
guru.
5)
Komitmen untuk menyediakan peluang
pembelajaran berdasarkan kurikulum yang sama.
6)
Menyediakan prosedur yang sistematik
untuk mengesan dan menyemak kemajuan.
Cadangan
Berdasarkan
kepada pemerhatian, terdapat beberapa faktor yang dianggap cukup baik untuk
dijadikan panduan dalam usaha memastikan tindakan bagi pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
murid autistic akan memberikan kejayaan berdasarkan pelan yang dirancang dan
disediakan dengan teliti memastikan pelaksanaannya pula adalah yang terbaik. Oleh
itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program Pendidikan Inklusif
di masa akan datang.
Cadangan untuk
Sekolah
Pihak sekolah
perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan perlaksanaan
Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu
peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya
matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi
menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan
murid-murid autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam
sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak
Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan
kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah
ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga
sekolah ini.
Perlu ada usaha
yang sesuai dan bersungguh-sungguh untuk memastikan program ini akan mencapai
matlamat dan memenuhi aspirasi negara memandangkan bidang pendidikan dianggap
sebagai satu bidang yang mempunyai pengaruh yang besar dalam memastikan sasaran
dan matlamatnya tercapai dan berkesan dengan jayanya.
Penerangan
kepada Murid-Murid Normal
Pihak
sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai
murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan penerangan
berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami dan menerima
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru
Mata Pelajaran, Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan
guru mata pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan
Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni
dan seterusnya membantu pelaksanaan program ini.
Kedua-dua pihak
perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan
tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama
seperti bengkel
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel ”co-
teaching” atau mengajar bersama, lawatan sambil belajar dan sebagainya.
Dalam
keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman
secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar
faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih
besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi
pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat. Jabatan Pendidikan
Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Berdasarkan
kajian yang pernah dibuat yang boleh dijadikan pengalaman sepatutnya menjadi panduan kepada pihak
Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas menunjukkan
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah tersebut amat berkesan
kerana adanya perancangan yang rapi yang
telah diatur dengan baik. Semua persediaan di peringkat akar umbi telah dilakukan
sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.
Kelihatan
dalam gambar guru pembimbing khas bersama dengan kanak-kanak pendidikan khas,
kemesraan yang terjalin.
Semua
warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang sesuai untuk
mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan dapat
menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah
lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama
seperti dilaksanakan di sekolah A.perspektif baru Program Pendidikan Inklusif
selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur ansur bergerak
maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan
dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini
dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara.
Kelihatan di
wajah anak-anak istimewa ini kejujuranny dan betapa perlunya kefahaman mendalam
tentang mereka agar kita boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka –
gambar hiasan.
Mereka boleh
menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. –gambar hiasan
Sekiranya diberi
peluang mereka juga mampu menunjukkan bakat dan keistimewaan mereka.
Cadangan
Kemudahan Asas
~ Kelas pendidikan Inklusif perlu
semaksimumnya dengan mengandungi 35
orang pelajar termasuk 3 pelajar khas dan 2 orang guru. Di antara para pelajar
perlu sentiasa diberi ingatan dan diberi perhatian agar komunikasi dan
interaksi di antara mereka dengan pelajr-pelajar endidikan khas akan terjalin
dengan baik dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin kerana ianya aka nada di
dalam kehidupan yang sebenar.
~ Mewujudkan jawatan pembantu guru
mengikut pelajar keperluan khas.
Jawatan pembantu guru mengikut
keperluan khas selalunya guru pendidikan khas yang akan bertindak di samping
menyiapkan semua fail dan laporan mengenai kanak-kanak pendidikan khas yang
berada dalam tanggungjawabnya dia mereka yang diberi tanggungjawab serta amanah
ini perlu mempersiapkan diri bukan sahaja sebelum malah ketika berada
bersama-sama dengan pelajar-pelajar berkenaan.
Kebiasaannya perkara ini mestilah lahir dari keikhlasan dan kesediaan
guru pembimbing itu sendiri bukan dipaksa kerana ianya akan menimbulkan kesan
yang tidak baik di mana akhirnya akan mendatangkan masalah kepada
pelajar-pelajar yang terbabit terutamanya dalam jangka waktu yang panjang.
~ Memperluaskan jawatan
penyelia/pengasuh pelajar bagi keselesaan pelajar khas. Bagi sekolah-sekolah yang sedia ada
kelas-kelas khas ini jawatan penyelia dan pengasuh perlu diperluas bagi
memberikan keselesaan pelajar di mana dalam satu kelas jawatan itu boleh
ditambah mengikut keperluan mahupun sekolah itu sendiri. Tenaga sampingan mungkin boleh digunapakai
misalnya kepada ibu-ibu yang tidak bekerja dan mempunyai kelapangan bersama di
sekolah namun perlu diingat keterbatasan itu juga mesti ada agar anak-anak
mereka tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka seterusnya.
~ Meletakkan bilik-bilik yang ada para
pelajar ini berhampiran dengan kantin mahupun tandas agar memudahkan pergerakan
para pelajar pendidikan khas ini di samping menyediakan suasana yang boleh
membantu mereka secara langsung mahupun tidak langsung. Biasanya bilik-bilik khas para pelajar juga
tidak begitu dititikberatkan dan bekeperluan seperti yang dinyatakan namun
sekiranya ini diambil kira di masa-masa akan datang nescaya banyak lagi
kelebihan dan kebaikan yang akan diterima bukan saja di kalangan pelajar
pendidikan khas malah juga masyarakat sekolah lainnya dan seterusnya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan sebenarn mereka ketika berada dalam dunia
sebenarnya.
~ Begitu juga dengan semua pelajar yang
ada seperti mana paraguru sama ada dalam pendidikan khas mahupun pendidikan
biasa diberi penerangan dan pendedahan awal di institusi-institusi pengajian
tatkala masih dalam tempoh latihan, mahupun para guru yang akan diberi latihan
dalam perkhidmatan mahupun mengikuti seminar bengkel dan sebagainya untuk
memberikan mereka info serta maklumat bahawa pelajar-pelajar pendidikan khas
juga adalah tanggungjawab dan amanah bersama yang akan mereka pikul selama
berada di dalam bidang perguruan ini.
Bila
masing-masing faham akan keperluan dan kepentingan mendapat pendedahan awal
setidak-tidaknya setiap dari anggota sekolah mahupun masyarakat bahawa
pelajar-pelajar pendidikan khas ini melalui program inklusif adalah sesuatu
yang tidak akan dan boleh dipisahkan dan seterusnya boleh mengwujudkan ahli
masyarakat yang lebih terbuka dan harmoni kerana adanya sikap saling
menghormati dan ambil berat di antara satu sama lain. Keadaan ini sebenarnya bukan baru dan bukan
hanya berlaku dalam masyarakat kita tapi sebenarnya sudah lama diaplikasikan
juga dipraktikkan bagi negara-negara lain seperti Australia, Amerika, Kanada,
Korea, Jepun dan lain-lain lagi. Hanya
kini Malaysia juga turut mengorak langkah kerana pelajar-pelajar pendidikan
khas juga mampu menyumbang sesuatu untuk memajukan negara seperti mana yang
diakui oleh negara-negara luar yang mana
sedikit sebanyak memeberikan peluang bukan sahaja membantu mereka dan
agar masyarakat lebih menyedari kelebihan dan bersyukur hidup di dunia dengan
berterima kasih akan kejadian diri dan boleh berkongsi dengan mereka yang
kurang bernasib baik.
Jelasnya program
pendidikan Inklusif ini mempunyai beberapa kelebihan untuk membolehkan
kanak-kanak pendidikan khas boleh berada di dalam kelas aliran perdana bersama
rakan-rakan normal mereka di mana ianya tanpa disedari member peluang kepada
murid-murid untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan, di samping itu mereka juga
akan dapat berinteraksi dengan sesiapa saja dalam suasan yang biasa. Seterusnya ia akan menjadi suatu platform
kepada pelajar-pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar-peajar
khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing mereka, di samping dapat
meningkatkan kerjasama antara pentadbir dan guru-guru.
Manakala dengan
adanya program pendidikan Inklusif ini kepada ibu bapaianya memberikan peluang
kepada mereka membuat penglibatan sama ada secara langsung mahupunsebaliknya di
dalam komuniti sekolah. Pun begitu ianya
juga akan memungkinkan pelajar-pelajar khas ini dapat mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.
Seterusnya program ini juga turut menyediakan lebih peluang kepada
pelajar-pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
Pelajar-pelajar
khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua
aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Ditambah lagi
dengan gandingan dan kerjasama yang lebih baik di antara guru-guru mata
pelajaran dan guru-guru khas dalam usaha membantu melonjakkan mutu pencapaian
pelajar-pelajar.
Badan atau
Kementerian lain yang boleh memainkan peranan dalam usaha membantu program ini
menjadi lebih baik dan diterima pakai di dalam sekolah-sekolah perdana. Di mana bukan sahaja guru-guru pendidikan
khas dan jabatan yang berkaitrapat turut boleh membantu termasuklah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, badan-badan berkanun seperti Persatuan-persatuan
Orang Kurang Upaya, syarikat-syarikat besar yang boleh mengambil pekerja yang
terdiri dari orang kurang upaya juga boleh disenaraikan agar dapat membantu
menjayakan program ini sama ada dari segi nasihat, kemudah-kemudahan yang boleh
disediakan, latihan-latihan kepakaran juga apa sahaja yang berkaitan
mengenainya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar berpendidikan khas ini
terutamanya aga mereka dapat menyesuaikan diri denan lebih baik dalam
masyarakat dan secara umumnya masyarakat juga boleh menerima kehadiran mereka
bukannya dipencilkan mahupun dipinggirkan.
Ianya bukan menyatakan bahawa mereka dipinggirkan tetapi sebenarnya
member kefahaman yang lebih luas mengenai apa peranan dan sumbangan yang dapat
diberikan kepada mereka dalam usaha membantu mereka bersedia menghadapi apa
saja cabaran dan keadaan dalam masyarakat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru pendamping telah
memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku bahawa jika dia mengajar hanya menggunakan kaedah “talk
and chalk”, maka beliau yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tentu tidak
akan merasa begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid autistik yang
berada di dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Dengan adanya perubahan
dalam system pendidikan ini yang membuat perubahan bahawa murid autistik
tersebut juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan
rakan sekelas sekiranya kena dan tahu akan peluang yang baik untuk berbuat
demikian.
Sudah sepatutnya
guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan
murid murid autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal
atau hanya berpura-pura kerana keadaan itu sudah semestinya tidak akan
memberikan tindakbalas yang baik dalam jangka masa panjang.
Dalam gambar di
atas ada di antara pelajar-pelajar ini adalah pelajar pendidikan khas yang juga
berjaya dalam bidang sukan bowling berkat latihan, tunjuk ajar dan peluang yang
sama dengan pelajar-pelajar perdana.
RUJUKAN
Abdul Mutalib
Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian
Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim
Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Al
Quran.( 1983). Tafsir Al Quran oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Edisi ke 23.
Jakarta: P.T. Hidakarya Agung,
Ahmad Mahdzan
Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa Pustaka.
Ang Huat Bin.
(1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ashman, A. &
Elkins, J. (1998). Educating Children with Special Needs. Australia :
Prentice
Hall.
Asmah Hj. Omar.
(2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur
DBP.
Azrina Abdul
Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi
Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan
Ilmiah
yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bauer, A. &
Kroeger, S. (2004). Inclusive Classrooms. New Jersey : Pearson Merrill
Prentice
Hall.
Choate, J. S.
(Ed.). (2000). Successful Inclusive Teaching. USA : Allyn and Bacon.
Cohen, L.,
Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research Methods.( 5th Ed.). London :
Routledge
Falmer.
Crowther, J.
(Ed.) (1995). Oxford Advanced Learner’s Dictionary. (5th Edition).
Oxford:
Oxford University Press.
Davis, P.
(2003). Including Children With Visual Impairment in Mainstream school. A
Practical
Guide. London: David Fulton Publishers.
Dyson, A. &
Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and
Inclusion.
London: SAGE Publications Inc.
Ee Ah Meng.
(1998). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan
dan
Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Farrell, P.
& Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:
David
Fulton Publisher.
Fitton, P.
(1994). Listen to Me. London : Jessica Kingsley Publishers Ltd.
Fergusan, P.M.
et. al. (Ed.).(1992). Interpreting Disability. A Qualitative Reader. New
York,
USA : Teachers College Press.
Fernandez, M.
(2000). Educating Mary : A Special Education case study in one Western
Australia
high school. Support for Learning. Juornal 15(3).
Garguilo, R.M. (
2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :
Thomson
Wadsworth .
Greig, A. &
Taylor, J. (1999). Doing research with Children. London : Sage Publications
Inc.
Gore, M.C. (
2004 ). Sucessful Inclusion Strategies For Secondary and Middle School
Teachers.
Carlifornia, USA : Corwin Press.573
Haniz Ibrahim.
(1998). Inclusion Education in Malaysia : Teachers’ attitude to Change.
Dessertasion
Ph.D: Faculty of Education, University of Exeter.
Holliday, A.
(2002). Doing and writing Qualitative Research. London : Sage Publications
Ltd.
Howlin, P.,
Baron-Cohen, S. & Hadwin, J. (1999). Teaching Children With Autism To
Mind-Read.
England: John Wiley & Son Ltd.
Jones, G. ( 2002
). Educational Provision for Children with Autism And Asperger
Syndrome.
Meeting their Needs. London : David Fulton Publication Ltd.
Jones, V.F.
& Jones, L. S. (1990). Comprehensive Classroom Management. USA:Allyn
and Bacon.
Jordan, R. &
Jones, G. ( 997). Meeting The Needs O Children With Autistic Syndrome
Disorders.
London : David Fulton Publication Ltd.
Jordan, R &
Powell, S. ( 1995 ). Understanding And Teaching Children With Autism.
England: John
Wiley & Son Ltd.
Kamariah Jalil.
( 1995 ). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,
Terengganu.
Khine, M.S.,
Quek, C.L., Wong, A. & Lourdusamy, A. (2003). Classroom Management
for Beginning
Primary Teachers. Singapore : Prentice Hall.
Lang, G. &
Berberich, C. (199). All Children Are Special. Creating An Inclusive
Classroom. New
York : Stenhouse Publishers.
Lee Shok Mee
(1996). Psikologi Pendidikan 2 : Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lewis, A. &
Lindsay, G. (Ed.). (2000). Researching Children’s Perspectives. Buckingham
: Open
University Press.
Lynas, W.
(1986). Intergrating the Handicapped into Ordinary Schools. London: Croom
Helm.
Marshal, C.
&Rossman, G.B. (1995). Designing Qualitative Research. 2
nd ed. Thousand
Oaks, CA, USA:
Sage Publications Ltd.
McConkey, R
& Bhlirgri, S. (2003). Children with Autism Attending
Preschool
Facilities: the experiences and perceptions of staff. Early Child Development
and Care
Journal. 173 (4), 445-452
Meijer, C.J.W.,
Pijl, S.J. & Hegarty, S. (Ed.). (1994). New Perspectives in Special
Education.
London: Routledge.
Mesibov, G &
Howley, M. (2003). Accessing The Curriculum for Pupils with Autistic
Syndromme
Disorders. London : David Fulton Publication Ltd.
Mesibov, G.B.
& Shea, V. (1996). Full Inclusion and Students with Autism. Journal of
Autism and
Developmental Disorder., 26(3), 337-346.
Mohd. Salleh
Lebar. (1998). Pengenalan Ringkas: Sosiologi Sekolah dan Pendidikan.
Selangor:
Thinker’s Library.
Mok Song Sang
(2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn.
Bhd.
Moyes, R.A. (
2002 ). Addressing The Challenging Behavior of Children with High
Functioning
Autism / Asperger Syndrome in the Classroom. London : Jessica
Kingsley
Publishers Ltd.
Ochs, E.,
Kremer-Sadlik, T., Solomon, O. & Sirota, K.G. (2001). Inclusion as Social
Practice: Views
of Children with Autism. Journal of Autism and Development
Disorder, 10 (3)
Paul, J.L. et.
al.(1997).Special Educatin Practice. USA : Brooks / Cole Publishing Co.
Pijl, S.J.,
Meijer, C.J.W., Hegarty, S. (Ed.). (1997). Inclusive Education A Global
Agenda. London:
Routledge.
Rahil Mahyuddin
& Habibah Elias. ( 2002). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.
Shah Alam:
Karisma Publication.
Gomm, R. &
Woods, P.(Ed.). (1993) Education Research in Action. London: Paul
Chapman
Publicatin Ltd.
Robertson, K.,
Chamberlain, .B & Kasari, C. (2003). General Education Teachers’
Relationships
with Included Students with Autism. Journal of Autism and
Development
Disorder, 33(2).
Rohaty Mohd
Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian
Kanak-kanak
dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50
Rose, R. &
Grosvenor, I. (Ed.) (200). Doing Research in Special Education: Ideas into
practice.
London: David Fulton Publisher.
Saravanan A/L
Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah
rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Shahabuddin
Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi:
Strategi dan
Tteknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang: PTS.
Smith, R.M.,
Neisworth, J.T. (1980). The Exceptional Child. A Functional Approach.
USA : Mc
Graw-Hill.
Stakes, R. &
Hornby, G. (2000). Meeting Special Needs in Mainstream Practical Guide
for Teachers.
London: David Fulton Publisher.
Sulaiman Ngah
Razali. (2001). Pedagogi - Teori dan praktik. Kuala Lumpur : DBP.
Thacker, J.,
Strukwick, D. & Babbedge, E. (2002). Educating Children with Emotional
and Behavioral
Difficulties: Inclusive Practice in Mainstream Schools. London:
Routledge.
Thomas, G &
Feiler, A (1988). Planning for Special Nneeds : A Whole School Approach.
London, Great
Britain : Blackwell Ltd
Wearmouth, J. (
Ed.). (2001).Special Education Provision in the context of Incusion.
Policy
and practice in school. London: David Fulton Publishers.
Weishaar, M
& Borsa, J.C. (2001). Inclusive Educational Administration: A Case Study
Approach.
New York: McGraw-Hill Co.
Westwood, P.
(1987). Commonsence Methods for Children with Special Needs. London:
Croom
Helm.
Wolfberg, P.J.
(1999). Play and Imagination in Children with Autism. New York :
Columbia
University.
Worth, S.
(2005). Autistic Syndrome Disorders. London : Continuum International
Publishing
Group
Zaleha Tambi Adam.
(1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters
yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zalizan Mohd
Jelas.(1996). Perkembangan kini dan peningkatan pelaksanaan
Pendidikan
Inklusif. Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan
Pendidikan
Khas.
Zainal Abidin
Safarwan (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur
:
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Artikel dalam
jurnal elektronik:
Comments
Post a Comment